LOHAS STAR CRYSTAL PENDANT


Terapi warna SMN LOHAS Star Crystal Pendant atau “Lifestyle of Health and Sustainability” (Gayahidup Sihat dan Memberi Tenaga) ialah getaran cahaya yang digunakan untuk merangsang pemulihan. Kaedah asas pemulihan ini menggunakan terapi warna – suatu bentuk pemulihan yang antaranya menggunakan getaran frekuensi warna untuk membawa perubahan dan memberi keseimbangan dalam badan.

Dengan menggunakan SMN LOHAS Star Crystal Pendant dengan teknologi FIR Nano secara kerap, pengguna akan merasa mereka lebih gembira, cergas dan tenaga semulajadi mereka dapat ditingkatkan seolah-oleh bateri dalam tubuh mereka telah dicas sepenuhnya! Konflik semasa yang dirasai seseorang itu akan dapat diatasi dan semangat baru yang menyebabkan tubuh lebih tenang dan terangsang.



Tenaga Warna & Terapi Kristal

Warna dikenal pasti memberi kesan terhadap kita dalam pelbagai cara. Dalam dunia moden, ianya sering digunakan untuk mempengaruhi kita dalam bentuk iklan, hiasan, dan fasion. Warna juga turut digunakan dalam pemulihan alternatif untuk memberi kesan terhadap tenaga dan kesejahteraan peribadi dan untuk merangsang tenaga untuk memulihkan.


Penggunaan SMN LOHAS Star Crystal Pendant untuk terapi diasaskan pada getaran tujuh Kristal berwarna yang menyaluti loket itu, warna-warna yang berkaitan dan juga tenaga Scalar dan Kosmik pada bebola di mana kristal-kristal tersebut disematkan.

Pada tujuh biji kristal tersebut, setiap kristal dijajarkan mengikut tenaga elemen, ciri-ciri dan unsur-unsur pemulihannya. Dengan penggunaannya apabila berdekatan dengan ketidakseimbangan tenaga, samada fizikal atau mental, loket tersebut akan menggalakkan keharmonian dan kesihatan dan membolehkan proses pemulihan menjadi lebih cepat dan berkesan.

Loket ini memberikan kesan ketenangan dan kehangatan yang mengasyikkan dan cantik serta mampu memadu dengan apa juga pesekitaran. Untuk kesan yang berterusan dan hasil yang optima adalah disarankan agar loket ini dipakai setiap hari.

Loket ini menlambangkan bentuk yang suci dan sempurna. Ia mempunyai permukaan tertutup tiga dimensi yang mana setiap sudut pada permukaan mempunyai jarak yang sama dari pusat yang tidak mempunyai permulaan atau akhir dan melambangkan kesatuan dan kesaksamaan yang menyeluruh. Ia menghasilkan tenaga scalar secara saksama pada semua haluan.

Piramid bintang dua belas SMN LOHAS Star Crystal Pendant wujud sejak dari zaman dahulukala didapati merupakan reka bentuk berkuasa yang menghubungkan daya tenaga dan dikenal pasti mempunyai kualiti pemulihan. Bentuknya menumpukan tenaga elektromagnetik yang menyelubungi bumi, bintang-bintang dan planet-planet.

Dalam kajian teori, struktur dengan cerun-cerun disisinya menghasilkan tenaga positif yang meneutralkan tenaga negatif. Salah satu fungsi utamanya ialah untuk menghapus atau mengitar-semula tenaga yang tidak aktif dan negatif serta memberi fokus dalam mengharmonikan tenaga.

Penyelidikan dan ujikaji telah mendapati bahawa kemampuan piramid bintang dua belas merangkumi kemampuan merubah keadaan mental, fizikal dan emosi individu-individu yang terdedah kepada getarannya.