NANO POT

NANO POT



Air adalah keperluan penting bagi tubuh manusia, 70% dari tubuh orang dewasa terdiri daripada air dan 80% pada bayi. Oleh yang demikian, berdasarkan fakta tersebut, setiap orang harus minum sekurangkurangnya 2.5 liter air setiap hari, untuk metabolisma tubuh menyerap air dan menyah toksin melalui pembuangan air kecil, air besar dan peluh. Air diserap terus ke dalam tubuh untuk memelihara fungsi tubuh manusia, dan setiap hari sebanyak 200 liter air di tapis melalui ginjal. Ini bermaksud air diolah sebanyak 5 kali didalam tubuh sebelum dikeluarkan melalui pembuangan air kecil, air besar dan peluh. Oleh sebab itu, air sangat penting untuk kesihatan manusia.


Jika potensi pengoksidaan di dalam tubuh terlalu tinggi, sel-sel akan menarik sekumpulan besar micelle (sekumpulan Molekul Polimer atau Ion dalam air), ini akan menjadikan pH tubuh menjadi asidik dan akan mengurangkan fungsi oksigen aktif. Ini adalah salah satu faktor sebab kita mudah diserang penyakit. Air bukan hanya sekumpulan molekul malah lebih dari itu. Kombinasi molekul air mengandungi micelle dengan komposisi yang berbeza. Umumnya, air paip dibentuk pada satu unit terdiri dari 15 - 18 micelle dan air nano yang diproses dalam Nano Water Pot ini mempunyai 3 – 5 micelle pada satu unit. Ini bererti micelle pada air Nano Water Pot lebih kecil(halus) menjadikan molekul bergerak cepat dan mudah menembusi lapisan sel untuk fungsi sel yang lebih aktif.



Nano Pot SMN diperbuat dengan 18-8 besi waja yang tidak karat dan diproses dengan katalisator Far Infrared atau “light of life”, satu gelombang tenaga yang stabil. Tenaga Gelombang cahaya dan kemampuan menyebar secara menyeluruh far infrared mampu menghaluskan molekul air untuk membantu penyerapan yang lebih cepat, meningkatkan peredaran darah, metabolisma, serta menembusi ke dalam sel tubuh untuk mencegah pengoksidaan dan melambatkan proses penuaan.



Nano Pot ini juga mengandungi Porphyries Andesite semulajadi. Bentuk corong pada Nano Pot menyalurkan air melalui Porphyries Andesite untuk membebaskan mineral-mineral ke dalam air untuk menyerap ion logam berat yang berbahaya seperti : Khrom (Cr), Tembaga (Cu), Kadmium (Cd), Arsenic (AS). Porphyries Andesite adalah bahan mineral gunung berapi yang dikristalkan selama ribuan tahun. Warna semulajadi dari batu ini kelihatan seperti warna gandum. Oleh sebab itu, Porphyries Andesite juga dikenal sebagai “ Batu Gandum ”. Di Jepun, batu ini dikenali sebagai “ Batu Kesihatan ” dan di Amerika batu ini disebut “ Batu Kehidupan ”. Di Cina pada masa lampau, Porphyries Andesite dikenali sebagai “Batu zamrud krim kambing putih ”. Porphyries Andesite tercatat di dokumen perubatan Cina masa lampau sebagai sumber untuk beberapa zat galian seperti Magnesium, Besi, Kalium, Fluorine, dan Kalsium. Batu ini diketahui juga mempunyai manfaat mengubah kadar asam air menjadi kadar alkali yang lembut. Oleh sebab itu batu ini digunakan sebagai salah satu cara yang efektif untuk membersihkan darah, memperkuatkan fungsi hati, meningkatkan metabolisma, memelihara kulit dan meneutralkan bahan-bahan yang berbahaya seperti nikotin, alkohol, dan antibiotik.



Kemajuan ekonomi yang pesat mempengaruhi sumber alam yang melimpah. Di zaman moden ini, ramai orang menggunakan banyak nutrisi makanan berbanding dengan apa yang dapat diserap. Nutrisi yang berlebihan bertimbun didalam tubuh menyebabkan Acidosis (kelebihan keasidan badan). Ditambah pula, radikal bebas dari bahan-bahan kimia mencemari udara dan air. Darah kita menjadi pekat, dan ini mengakibatkan pengoksidaan. Radikal bebas oksigen yang aktif akan menyerang sel. Dengan demikian, masalah kesihatan akan terbentuk. Terutama pada tubuh seorang perokok dan pengguna alkohol, sisa makanan tertimbun dalam usus, mengakibatkan penyakit kronik.



Di zaman moden ini ramai orang telah lupa akan fungsi air sebagai terapi. Ramai yang sedar akan pentingnya air, tetapi kebanyakan daripada mereka memberi perhatian kepada kebersihan air dan bukan pada apa yang air boleh lakukan untuk kesihatan manusia. Air bersih dan air yang sihat adalah dua hal yang berbeza. Air bersih belum tentu air yang menyihatkan tetapi air yang sihat membawakan manfaat bagi kesihatan pengguna. Nano Pot adalah satu kombinasi sempurna yang bermanfaat bagi kesihatan. Ia mengandungi pancaran Far Infrared dan Porphyries Andesite. Air dengan ukuran nano mempunyai daya positif atau “light of life” (cahaya kehidupan). Nano Water Pot adalah produk berteknologi tinggi, memudahkan air diserap dan memberikan manfaat peneutralan asidosis dan megimbangkan pH tubuh. Produk ini adalah satu yang terbaik dan paling tepat di pasaran hari ini bagi membekalkan air yang terbaik untuk kesihatan.