NANO WATER CAN - Alkaline Calcium Ion Tablet



Kesihatan yang baik bermula dengan keseimbangan asid-alkali yang betul dalam tubuh seseorang. Ukuran kadar pH atau cairan dalaman asid-alkali tubuh memberi kesan terhadap setiap sel dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan asid yang berlebihan boleh mengganggu tubuh kita dan membawa kepada pelbagai masalah kesihatan. Makanya, kunci kepada kesihatan yang sejahtera ialah memastikan tubuh kita mempunyai kadar pH yang seimbang dan beralkali.

Apabila pH tubuh tidak seimbang atau terlalu berasid, kita mungkin mengalami beberapa masalah seperti lemah tenaga, lesu, peningkatan berat badan, penghadaman yang tidak baik, sengal-sengal dan sakit-sakit dan mungkin juga masalah kesihatan lain yang lebih serius.

Semua air semulajadi mengandungi molekul-molekul H2O yakni ion Hydroxyl (OH-) dan Hydrogen (H+). Ion-ion inilah yang bertanggungjawab menentukan samada air tersebut bersifat asid atau alkali. Apabila ion-ion ini mempunyai jumlah yang sama banyaknya, air tersebut menjadi neutral, apabila ion Hidrogen lebih besar jumlahnya, maka air tersebut berasid dan apabila ion Hydroxyl lebih banyak, maka air tersebut beralkali.

Minum banyak air beralkali akan membantu mencairkan sisa asid yang terkumpul dan memberi keseimbangan pH tubuh kita. Air beralkali membersihkan tubuh kita dari sisa asid.

Teknologi enzymatic hydrolysis digunapakai untuk proses sintesis ion-ion kalsium dengan mutiara semula jadi dan kulit tiram sebagai ramuan utamanya untuk mengubah kalsium bukan organik kepada kalsium organik penting yang mudah diserap oleh tubuh.

Salah satu punca utama penyakit ialah kekurangan air sellular kronik, satu kondisi dimana sel-sel tubuh menjadi lemah dan terdedah kepada ancaman penyakit. Disebabkan oleh kumpulan molekul air alkali yang halus, ia senang diserap oleh tubuh. Ia juga membekalkan tisu tubuh dengan air dan juga menolong menyahtoksin yang terkumpul didalam tisu badan.